Monday, 19 April 2010

MY FINAL STATEMENT (ON BEHALF OF MSSM AND KNUKE) TO SOBERMALAYSIA

I'm just going to copy and paste what i commented on the SOBERMALAYSIA.BLOGSPOT.COM.
MSSM has talked to MCOT and IMAM leaders earlier today and it has been concluded that this petition has been spread by an individual, not those societies. however, that individual used the MCOT mailing list to spread it. MCOT and IMAM leaders promised to issue an official statement in order to clear MSSM and KNUKE's names and will help us in finding the person who is behind all of this. it has been really tensed here in Manchester, especially amongst us Malaysians. i really do hope this case will be closed, once and for all. after all, what's done is done. we can only take this as a lesson and make sure this never happens again.

______________________________________

saya orang MSSM dan saya sangat tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh seorang member MCOT yang menyebarkan petition ini, walaupun kes ini sudah DITUTUP dan DISELESAIKAN dengan CARA AMAN DAMAI ye.

sudah banyak orang di Manchester tahu tentang mesyuarat antara MSD dengan ketua2 persatuan pelajar Malaysia di Manchester. tetapi yang pelik nye, kenapa petition ini kena disebarkan lagi?

wahai Joegrimjow sedarkah anda bahawa kita berada di UK dan di mana2 kita berada pon ada bar? tahun-tahun sebelum ini, KNUKE memang mengadakan gig dalam bar. tapi kerana tahun ini KNUKE manchester collaborate dengan MSSM, kami dari MSSM berjaya mendapat dewan di student union kami untuk gig ini bagi mengelakkan masalah2 seperti orang (contohnya anda) bertanya kenapa kita kena adakan gig itu di tempat haram seperti bar.

biar saya jelaskan pada encik Joe yang memang peraturan Student union membenarkan minuman dibawa keluar masuk dewan. itu peraturan mereka. kami hanya mengikut. bar itu dibuka untuk students yang berada dalam student union. dan sekiranya encik Joe tidak tahu, bar itu tidak hanya menyediakan alcohol tetapi juga menyediakan minuman yang HALAL seperti lemonade,coke dan juices.

sekiranya penonton gig ingin membeli alcohol, kita sebagai pihak penganjur tidak dapat menghalang. cuba encik Joe fikir betul2, kita ni sudah dewasa. bukan budak2 lagi. halal haram boleh fikir sendiri. tak perlu orang beritahu. tetapi kita sebagai umat Islam hanya boleh sekadar menasihati, tidak lebih dari itu. tambahan pula, keadaan dewan memang gelap masa gig.. ramai orang pulak tu. takkan pihak penganjur nak kena check minuman setiap penonton?

selain itu, pihak MSD sudah bersetuju untuk mengeluarkan peraturan atau guidelines yang perlu dipatuhi oleh semua persatuan pelajar Malaysia di UK apabila ingin mengadakan acara/majlis/gig dan sebagainya. kami dari MSSM juga bersetuju akan mematuhi peraturan itu pada masa akan datang.

kesimpulannya, petition ini tidak perlu atau dalam bahasa Inggeris, kita kata "NOT VALID". oleh yang demikian, kami dari MSSM dan KNUKE berasa bahawa pihak yang membuat petition dalam blog ini hanya bertujuan untuk memalukan dan mengaibkan persatuan kami. tambahan pula, sekiranya niat mereka ini baik, tidak perlu lah ada petition ini dan disebarkan di internet. nama MSSM dan KNUKE sudah tercemar dan sekarang kami tidak akan berfikir dua kali untuk mengambil tindakan tegas. kami dari MSSM dan KNUKE bukannya orang yang tak ada sivil dan tidak boleh dibawa bincang. tetapi harap anda semua faham, perkara ini sudah disebarkan berleluasa sehingga orang di Malaysia pun sudah tahu. sudah tentu orang yang membaca blog ini percaya bulat2 dengan apa yang dituduh.

saya cadangkan penulis blog ini sila tutup blog ini. anda tidak akan mendapat apa2 daripada blog ini, kecuali hanya memecah belahkan orang Malaysia di Manchester dan mengaibkan persatuan kami. sesungguhnya apa yang anda buat ini sangat keji. ingat, dosa dengan Tuhan, anda boleh minta keampunan terus dari-Nya, tapi dosa sesama manusia, anda hanya boleh mohon daripada orang yang anda lakukan dosa itu.

_____________________________________________________________

please note that i'm not defending the Muslims who consumed alcohol. however, i do believe that i am in no position to stop them. like i said, we can only advise them, no more or less than that.

i wish not to bring this up on my blog again.

thank you to those who have been supporting us.
MSSM and KNUKE ROCK!!!!!!!

*LOVES*

No comments:

Post a Comment